"Kesabaran adalah bertahan dalam mengerjakan perintah Tuhan dan menahan diri daripada melakukan perbuatan yang dilarang Tuhan." - Muhammad bin Shalih al-munajjid, dipetik dari Rusdin S. Rauf
Monday 27 April 2015
Sabar bukan pasrah, bukan juga menyerah kalah
Ketika kita ditimpa sesuatu musibah dan kemudian dipesan untuk bersabar, apakah yang berada dalam fikiran kita ketika itu? Kebanyakkan orang menyalah tafsir maksud sabar sehingga jikalau kita disuruh bersabar kita menyangka bahawa kita disuruh untuk menyerah. Walhal sabar itu mempunyai makna yang besar sehingga dijadikan nilaian bagi mengukur keimanan seseorang.
Sunday 26 April 2015
Ikhlaskan hati dalam memuji Tuhanmu
Pernahkah kita memuji seseorang? tidak kisah samada
sahabat, keluarga, atau sesiapa pun dengan ikhlas? Biasa kalau kita memuji
seseorang (dengan ikhlas) pasti akan disertakan dengan perasaan gembira, teruja,
pendek cerita pujian itu hadir dari hati yang sukar digambar. Pujian dengan
wajah yang berbunga-bunga.
"Eh
kau ni bijak la Man, untung kalau jadi macam kau. Dean list kot"
"Tahniah
dik!!! kalau mak abah tahu pasti bangga ni. Hebat betul kau ni."
"Abang
baru balik internship dari UK eh?
wahhh...hebat!!! hebat la abang ni, saya nak intern macam abanglah nanti."
"Terima kasih la...susah ja belanja akak ni…awak dah la pandai, bergaji besar, baik pulak tu."
Pujian bertubi-tubi yang ikhlas dengan susunan ayat yang pasti
menenangkan hati si pendengar, malah yang memuji juga pasti dalam keadaan yang
teramat suka dan teruja sekali. Pujian ikhlas biasanya terjadi tanpa dirancang.
Pernahkah ia terjadi kepada kita?
Pasti kebanyakannya pernah!
.
.
Kenapa tidak pujian
sebegini kita berikan kepada Allah SWT?
Bertasbih adalah salah satu cara untuk kita memuji kebesaran
Illahi. Bertasbihlah dari hati yang ikhlas.
"Subhanallah
- Maha suci Allah"
“Subhanallah Wa
Bihamdihi Subhanallahil Adzim - Maha Suci Allah dengan segala puji
bagi-Nya, Maha Suci Allah yang Maha Agung.”
Banyak sekali orang bertasbih tanpa apa-apa perasaan di
hati. Apa yang di targetkan hanya
kuantiti bukan kualiti.
"Subhanallah,
Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah,
Subhanallah..."
Banyakkkkk.... Lajuuuuuu.... average speed 160 k/m
Tapi,
tidak ada apa-apa yang terkesan di hati, hanya lintasan
di bibir.
Sebaiknya, cubalah fahami dan memuji dengan penuh ikhlas.
Hadirkan perasaan seperti mana yang kita lafazkan. Letakkan pujian sempurna
pada Pencipta pujian dan pemuji.
Allah SWT berfirman:
“Langit yang tujuh
dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi
Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi
kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi
Maha Pengampun.”
(Surah al-Isra': ayat 44)
Semua
makhluk ciptaan Allah bertasbih kepada-Nya, bukan sahaja manusia. Bagaimana pula
kita manusia yang sebaik-baik ciptaan (rujuk surah at-Tin, ayat 4) tidak
bertasbih. Tapi point kali ini bukan
bertasbih atau tidak, tetapi bagaimana penghayatan kita ketika bertasbih?
Oleh itu, marilah sama-sama kita mempertingkatkan kembali
apa yang kurang. Malulah kita kepada Allah SWT, jika kita boleh memuji hambanya
yang lain dengan hebat, sedangkan dengan Allah kita hanya sambil lewa. Sepatutnya
Dia lah yang lebih berhak menerima pujian yang jauh lebih tinggi mengatasi
hamba-hambanya.
Pujilah dari hati dan ikhlaskan dalam memuji Tuhanmu.
Maha Suci Allah, Dialah yang Maha Mengetahui.
Picture source: www.sozlukanlaminedir.com |
Monday 6 April 2015
Bila diuji, aku ini bayi ke orang dewasa eh?
Alhamduillah, sudah lama aku
tidak menulis di blog ini (ayat nampak sangat pemalas), terasa rindu pula dan
ingin berkongsi sesuatu. Walaupun tidak la begitu gempak dan mungkin nampak cliché kata orang, tetapi cukuplah
sekadar berkongsi sesuatu yang diharapkan bermanfaat.
Cuti 4 bulan yang aku dan sebahagian
sahabat-sahabat lain lalui sekarang ini (April 2015) memang cukup panjang,
masing-masing ada kisah dan cerita yang tersendiri. Tidak adil untuk aku
membanding-bandingkan sesama kami. Ya, ada yang semasa cutinya padat dengan
aktivti bersama keluarga dan mungkin ada juga yang sibuk melancong ke sana ke
sini melihat tempat-tempat yang dihajati yang tidak terlawat sebelum ini. Ada juga
yang sibuk dengan amanah dan tanggungjawab yang diberikan sehinggakan tidak
dapat kemana-mana. Apa pun semuanya ada hikmah dan penjelasannya, mestinya
segala yang ditentukan oleh Allah itu baik belaka, siapalah kita untuk
membanding-bandingkan perkara yang kita tidak tahu.
Bertepatan dengan itu aku mula
terfikir, setiap kita tidak akan dapat lari dari ujian Allah. Walaupun berbeza-beza
jenis ujian diantara kita, tetapi ia tetap ujian. Ada orang susah untuk mandi
di pagi hari (ada ke? Contoh…) tetapi ia tetap ujian baginya. Kadang-kadang apa
yang dirsakan besar di mata kita, tetapi kecil mata orang lain. Kadang-kadang
apa yang dirsakan kecil di mata kita, tetapi besar mata orang lain. Ujian itu
berbeza antara setiap makhluk dan Allah mengujinya berdasarkan kemampuan kita.
“Allah tidak memberati seseorang
melainkan apa yang terdaya olehnya...”
(Al-Baqarah : 286)
“Patutkah manusia menyangka
bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka
tidak diuji (dengan sesuatu ujian)?”
(Al-Ankabut : 2)
Tidak dapat tidak, kita tetap perlu
menumpuh setiap ujian yang mendatang, jadilah seperti orang mukmin apabila
diberi ujian dia mengingati Allah dan apabila diberi nikmat pun juga dia
mengingati Allah.
“Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya
seluruh perkara adalah baik baginya. Dan tidaklah didapati seorang pun hal
tersebut melainkan pada diri seorang mukmin. Jika dia merasakan kesenangan maka dia bersyukur. Dan itu lebih baik
baginya. Jika kesusahan menerpanya maka dia bersabar. Dan itu lebih baik
baginya.”
(Hadith riwayat Muslim)
Terdapat satu analogi yang aku
cuba bawakan berkenaan bagaimana attitude
(sikap) kita apabila diuji Allah. Aku cuba gambarkan suasana di klinik
kesihatan atau hospital. Disini ada 3 elemen iaitu pesakit, jarum dan doktor. Aku
juga akan bawakan 3 peringkat umur yang berbeza. Cuba bayangkan.
sumber gambar: imgkid.com |
- Bayi:
Bayi ini sakit dan doktor perlu menyuntiknya dengan jarum yang mengandungi ubat. Setelah disuntik, lalu bayi ini menagis.
- Kanak-kanak (jangkakan
4 tahun):
Kanak-kanak ini sakit dan doktor perlu menyuntiknya dengan jarum yang mengandungi ubat. Setelah disuntik, lalu kanak-kanak ini menagis dan memarahi doktor tersebut.
“Waaa…..doktor jahat….dia cucuk adik!!!!”
- Lelaki dewasa:
Lelaki dewasa ini sakit dan doktor perlu menyuntiknya dengan jarum yang mengandungi ubat. Setelah disuntik, lalu lelaki dewasa ini tersenyum dan mengucapkan terima kasih kepada doktor tersebut.
“Terima kasih banyak doktor.”
Dari ketiga-tiga peringkat umur ini ia sebenarnya kita boleh kaitkan bagaimana kita menghadapi ujian. Cuba lihat satu persatu. Ingat ini cuma analogi.
- Pesakit adalah kita.
- Jarum adalah ujian.
- Doktor sebagai pemberi ujian (dalam konteks realiti ialah Allah).
1. Jika bayi, dia sebenarnya menagis kerana sakit akibat suntikan kerana dia mungkin terfikir yang memberi kesakitan itu adalah jarum. Ini bermakna dalam alam reliti, apabila perit menimpa ujian, kita telah menyalahkan ujian apabila berhadapan dengan ujian itu sendiri.
“Aduhhh…kenapa la malang nasib aku, time ini la kereta nak rosak…cari la masa sesuai sikit kereta ini pun.”
2. Jika kanak-kanak, dia menagis kerana sakit akibat suntikan dan sedikit bijak dari bayi dia tahu doktor yang menyuntik itu menyebabkan kesakitan dan menyalahkannya. Jika dalam kehidupan reliti, apabila pedih ketika menimpa ujian, kita akan menyalahkan pemberi ujian, yakni Allah.
“Hmmm… ya Allah, kenapa aku yang dipilih-Mu untuk di uji? Aku ada meeting dengan Dato’… bla bla bla… Ini tak adil ya Allah, aku bukan hamba yang jahat pun.”
3. Jika lelaki dewasa pula, dia tidak menagis dan tahu yang sakit suntikan itu itu hanya sekejap tetapi kebaikan yang menanti jauh lebih besar, lalu dia berterima kasih kepada doktor yang menyuntik. Jika dalam alam reliti, apabila sakit berhadapan ujian, kita perlu bersabar dan bersyukur yang Allah telah memberi ujian, anggaplah ujian itu sebagai teguran dari-Nya.
“Allahdulillah ya Allah, walaupun kereta ku rosak tetapi ia rosak dirumah, tidaklah memenatkanku. Jika ditengah jalan, tak tahulah apa nak dibuat. Syukur ya Allah”.
sumber gambar: listen-hard.com |
“Sabar yang sebenarnya ialah sabar pada saat bermula (pertama
kali) ditimpa musibah.”
Sekian,
wassalam.