Monday 17 August 2015

Tuntutan Kalimah Tayyibah

MUQADDIMAH

Sesungguhnya penentangan antara haq dan batil tidak akan pernah tamat. Sifat kumpulan musuh adalah bersatu di antara kuffar (Ahzab). Firman Allah taala:

(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَىٰ أَوْلِيَاءَ ۘ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ)
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.
[Surat Al-Maeda : 51]

(الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ بَعْضُهُمْ مِنْ بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُونَ بِالْمُنْكَرِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمَعْرُوفِ وَيَقْبِضُونَ أَيْدِيَهُم...........َ..)
Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut). Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik.
 [Surat At-Tawba : 67]

INDIVIDU MUSLIM

Lantas, individu Islam yang beriman & beramal soleh wajib dibentuk demi menentang musuh Allah dan Islam serta segala jahiliyyah yang melata di atas muka bumi Allah. Mereka inilah digelar sebagai Ribbiyyun. Firman Allah taala:

(وَكَأَيِّنْ مِنْ نَبِيٍّ قَاتَلَ مَعَهُ رِبِّيُّونَ كَثِيرٌ فَمَا وَهَنُوا لِمَا أَصَابَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَمَا ضَعُفُوا وَمَا اسْتَكَانُوا ۗ وَاللَّهُ يُحِبُّ الصَّابِرِينَ)
Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (agama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar.
 [Surat Aal-E-Imran : 146]

Yakni mereka yang tidak patah dan luntur semangat dlm menghadapi pelbagai ujian, mehnah, tribulasi serta ibtila' di sepanjang perjuangan di jalan Allah, sentiasa gagah perkasa tidak lemah dari sudut jasad mereka berhadapan dengan musuh, tetap & tajarrud mereka kepada acuan Allah dan tidak sesekali tunduk kepada musuh yang kufur kepada hukum² Allah

Maka menjadi rantai perjuangan yang wajib diteruskan oleh umat Muhammad, pewaris risalah nubuwwah dalam membebaskan manusia drp penghambaan sesama mereka kepada sifat penghambaan yang sebenar kepada pemilik alam Rab ul Izzati, mengeluarkan mereka drp kebobrokan jahiliyyah yang zulumat kepada sinar cahaya hidayah. Firman Allah taala:

(قُلْ هَٰذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ ۚ عَلَىٰ بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي ۖ وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ)
Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain."
 [Surat Yusuf : 108]

Inilah tugasan yang besar lagi tersangat memerlukan jiwa² yang kental & mapan, kerana sekiranya tidak, akan wujudlah fitnah, fahsya' & munkar yang menjadi sumpah Allah kepada umat manusia. Firman Allah taala:

(وَالَّذِينَ كَفَرُوا بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ إِلَّا تَفْعَلُوهُ تَكُنْ فِتْنَةٌ فِي الْأَرْضِ وَفَسَادٌ كَبِيرٌ)
Dan orang-orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar.
 [Surat Al-Anfal : 73]

INTIMA' & JAMAAH

Daripada individu Islam inilah pula disatukan pemikiran & gerak kerja mereka menjadi sebuah jamaah yang mengandungi disiplin yang tersusun dan ciri-ciri yang telah ditetapkan oleh Allah bagi mendepani pakatan kuffar yang tidak kurang liciknya. Firman Allah taala:

(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَنْ يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لَائِمٍ ۚ ذَٰلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ ۚ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ)
Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.
[Surat Al-Maeda : 54]

(إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُمْ بُنْيَانٌ مَرْصُوصٌ)
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.
[Surat As-Saff : 4]


Berkata Sayyiduna Ali r.a:

"الحق بلا نظام يغلبه الباطن بنظام"

(Kebenaran yang tidak tersusun akan dikalahkan dengan kebatilan yang tersusun)

Justeru, INTIMA' (penggabungan) itu wajib dilaksanakan, PENGORBANAN itu hendaklah diberikan dan WALA' (kesetiaan) itu perlu ditumpahkan sepenuhnya kepada kepimpinan & jamaah yang berani berdepan dengan kemungkaran demi mengangkat risalah kalimah tayyibah sebagaimana yang dialami oleh Nabi Allah Musa sehingga baginda dikecam bunuh & dikejar oleh bala tentera Firaun laknatullah. Nabi Allah Zakaria & anaknya Yahya yang dipenggal kepala mereka oleh umat sendiri. Nabi Allah Ibrahim yang dicampakkan ke dalam api yang menyala & dihalau pergi oleh ayah kandung sendiri. Semuanya hanyalah kerana memahami tugasan mereka sebagai khalifah dlm meninggikan kalimah 'لا إله إلا الله' di atas muka bumi Allah ini.

Namun, proses yang bermatlamat untuk menegakkan aqidah dan syari’at hendaklah mengikut manhaj yang mengandungi ciri-ciri yang Rabbani (mengikut manhaj Allah berpandukan al-Quran & as-Sunnah), Syumuliyyah (sempurna), Inqilabiah (tertegak dengan keruntuhan kebatilan), 'Alamiyah (sejagat), Waq'iyyah (realiti), Thabat wal Murunah (tetap & fleksibel) dan Istimariyyah (berterusan) sekaligus mencakupi sifat kesempurnaan Islam sebagai ad-Din al-Haq serta tidak terkongkong dalam perkara-perkara juzuk dalam Islam seperti ekonomi, politik, ibadah dan sebagainya melainkan dikumpulkan ia seluruhnya membentuk sistem kehidupan yang adil merangkumi TARBIYAH, DAKWAH & SIASAH. Firman Allah taala:

(وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ)
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
[Surat Aal-E-Imran : 104]

INTAHA

Sebagai jamaah yang membawa risalah, tugas dan tanggungjawab para nabi, maka semestinya mempunyai ciri-ciri utuh dan penuh rabbani kerana dengan ciri-ciri yang menepati rabbani sahajalah sebuah jamaah itu mendapat petunjuk dan bimbingan Ilahi, sesuai dari Allah, dengan cara yang ditentukan oleh Allah dan untuk Allah. Sebuah jamaah yang ingin mengecapi pertolongan Allah seperti firman di atas, perlulah terlebih dahulu diuji sehebat-hebatnya oleh Allah sebagaimana usaha yang dicurahkan mencapai tahap maksimum. Ujian yang ditimpakan oleh Allah sebagaimana terdapat di dalam ini digunakan perkataan ‘zalzala’ yang membawa pengertian ujian yang amat besar. Perkataan ini jugalah yang digunakan untuk pengertian Qiamat. Inilah janji Allah samada cabarannya, begitu juga pertolongannya.

(وَقُلِ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ ۖ وَسَتُرَدُّونَ إِلَىٰ عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ)
Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan".
 [Surat At-Tawba : 105]

(إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَىٰ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ ۚ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ ۖ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنْجِيلِ وَالْقُرْآنِ ۚ وَمَنْ أَوْفَىٰ بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّهِ ۚ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُمْ بِهِ ۚ وَذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ)
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
[Surat At-Tawba : 111]

INFIRU!

Wednesday 12 August 2015

Ratib Munafiq Siri-2






وَدَّتْ طَائِفَةٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يُضِلُّونَكُمْ وَمَا يُضِلُّونَ إِلَّا أَنْفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ (69)
يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ وَأَنْتُمْ تَشْهَدُونَ (70)
يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تَلْبِسُونَ الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُونَ الْحَقَّ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ (71)
وَقَالَتْ طَائِفَةٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ آمِنُوا بِالَّذِي أُنْزِلَ عَلَى الَّذِينَ آمَنُوا وَجْهَ النَّهَارِ وَاكْفُرُوا آخِرَهُ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعوَن (72)
وَلَا تُؤْمِنُوا إِلَّا لِمَنْ تَبِعَ دِينَكُمْ قُلْ إِنَّ الْهُدَىٰ هُدَى اللَّهِ أَنْ يُؤْتَىٰ أَحَدٌ مِثْلَ مَا أُوتِيتُمْ أَوْ يُحَاجُّوكُمْ عِنْدَ رَبِّكُمْ ۗ قُلْ إِنَّ الْفَضْلَ بِيَدِ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ (73)
بِرَحْمَتِهِ مَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ (74)

Huraian Surah Ali-Imran: 69-74 

     (69) Drp ayat ini, diajar kepada kita tidak boleh hanya melihat mereka golongan Munafiqun & ahlul kitab sebagai golongan yang sesat sahaja tetapi diingatkan Allah bahawa mereka tidak cukup menjadi manusia-manusia yang sesat, bahkan mereka menginginkan seluruh kaum Muslimun turut sama sesat seperti mereka. Bermula daripada penyelewengan budaya, gaya fikir, pertuturan, sehinggalah rosaknya aqidah dan robohnya agama. Firman Allah:

وَلَنْ تَرْضَىٰ عَنْكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu)...” [Surah al-Baqarah:120]

    Mereka menyangka mereka yang akan mampu menyesatkan kaum Muslimun padahal merekalah sebenarnya yang semakin tersesat. Berkata para ulama, melalui penafian terhadap penyesatan golongan ahlul kitab dan Munafiq daripada Allah dalam ayat ini menandakan mustahil orang yang beriman akan berjaya disesat dan dikelirukan melainkan mereka yang lemah imannya, yang Islam mereka hanyalah warisan ibu dan bapa.

     (70) Jelas sudah kebenaran dan keadilan Islam. Sudah sampai kepada mereka pengetahuan yang sebenar tentang kehebatan Islam. Tidaklah lagi wujud alasan walau apapun untuk menafikan kebaikan kebenaran Islam yang sudah terbentang luas melainkan kerana masih tersimpan rasa hasad & dendam kesumat yg bersulamkan kesombongan di dalam diri mereka. Firman Allah:

وَدَّ كَثِيرٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يَرُدُّونَكُمْ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِكُمْ كُفَّارًا حَسَدًا مِنْ عِنْدِ أَنْفُسِهِمْ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْحَقُّ

“Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w)....” [Surah al-Baqarah: 109]

     (71-72) Sekali lagi di dalam ayat ini Allah membongkar rahsia mereka yang berpura pura dalam mengamalkan ajaran agama. Zahirnya mereka kelihatan sebagai orang yang tekun dalam menjalankan perintah agama padahal apabila mereka jauh daripada kaum Muslimun, mereka kembali menuruti hawa nafsu dan kejahilan mereka. Golongan Munafiqun sengaja memperlihatkan kepada khalayak manusia bahawa merekalah orang yang beramal dan menginginkan kebaikan kepada agama supaya manusia menaruh kepercayaan terhadap mereka lantas membuka peluang dan jalan kepada mereka untuk bercakap tentang kejelikan dan keburukan Islam tatkala mereka sudah mempunyai pengaruh. Strategi memburukkan Islam dengan memakai baju berjenama Islam, istilah Islam, gelaran dan pangkat kebesaran Islam jauh lebih berbahaya, licik dan mudah memperdaya berbanding mereka yang menghina Islam dengan memakai baju berjenama lain.

    Zaman ini muncul kelompok-kelompok yang berdiskusi tentang Islam atas nama liberal, plural dan pelbagai lagi. Mereka berbincang tentang hal keimanan, akidah, ketamadunan, alam ghaib, perubahan dan disiplin-disiplin fiqh, dalam diam mereka berlaku khianat dan dusta kepada prinsip Islam dengan mengagungkan kebolehan akal manusia semata. Segala-galanya ditafsir mengikut selera akal dan semahunya sehingga hancur rosaknya agama.

    (73) Di dalam ayat ini, Allah menggambarkan kesombongan ahlul kitab dan Munafiqun yang menghasut manusia supaya jangan menerima segala kata-kata orang yang selain daripada kaum dan kumpulan mereka (Yahudi) dengan alasan kamu akan disesat dan dipengaruh. Sikap mewujudkan dikotomi berdasarkan ras, warisan dan profesion terhadap keilmuan dan kefaqihan dalam urusan agama sering dimainkan oleh orang Munafiq supaya Islam dilihat sempit dan jumud persis sistem kasta yang membodohkan manusia suatu ketika dahulu. Lantas ditempelak oleh Allah dengan mengatakan “Sesungguhnya petunjuk yang sebenar ialah petunjuk Allah!”, bukan petunjuk manusia. Limpah kurnia Allah diberikan kepada mereka yang dikehendakiNya kerana Allah Maha Luas dan Maha Mengetahui meliputi dan menaungi seluruh hambaNya dan ciptaanNya.

    (74) Allah menutup perbicaraan ini dengan sekali lagi ditegaskan bahawa rahmat dan kurniaanNya dikhususkan buat mereka yang dikehendakiNya, mereka yang menyempurnakan tuntutan dan jalan-jalannya. Selagi manusia berpegang dengan tali Allah, bersama di dalam acuan dan manhaj Allah, mereka akan selamat daripada tipu daya mereka yang memusuhi Islam. Baik musuh luaran mahupun musuh di dalam jamaah.

    Ketahuilah wahai kaum Muslimun, sungguh mereka golongan Munafiqun dan musuh-musuh Allah tidak pernah berasa puas dengan kehancuran akhlak mereka, tidak pernah berasa cukup dengan kesesatan mereka dan mereka tidak akan pernah diam daripada berusaha untuk mengheret kita ke lembah kehancuran bukan sahaja dalam urusan keimanan bahkan dalam urusan kemasyarakatan. Fahzarhum! (maka waspadalah terhadap mereka)

Catatan 11 May 2015