وَدَّتْ
طَائِفَةٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يُضِلُّونَكُمْ وَمَا يُضِلُّونَ إِلَّا
أَنْفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ (69)
يَا
أَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ وَأَنْتُمْ تَشْهَدُونَ (70)
يَا
أَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تَلْبِسُونَ الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُونَ الْحَقَّ
وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ (71)
وَقَالَتْ
طَائِفَةٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ آمِنُوا بِالَّذِي أُنْزِلَ عَلَى الَّذِينَ
آمَنُوا وَجْهَ النَّهَارِ وَاكْفُرُوا آخِرَهُ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعوَن (72)
وَلَا
تُؤْمِنُوا إِلَّا لِمَنْ تَبِعَ دِينَكُمْ قُلْ إِنَّ الْهُدَىٰ هُدَى اللَّهِ
أَنْ يُؤْتَىٰ أَحَدٌ مِثْلَ مَا أُوتِيتُمْ أَوْ يُحَاجُّوكُمْ عِنْدَ رَبِّكُمْ
ۗ قُلْ إِنَّ الْفَضْلَ بِيَدِ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ
وَاسِعٌ عَلِيمٌ (73)
بِرَحْمَتِهِ
مَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ (74)
Huraian Surah Ali-Imran: 69-74
(69)
Drp ayat ini, diajar kepada kita tidak boleh hanya melihat mereka golongan
Munafiqun & ahlul kitab sebagai golongan yang sesat sahaja tetapi
diingatkan Allah bahawa mereka tidak cukup menjadi manusia-manusia yang sesat,
bahkan mereka menginginkan seluruh kaum Muslimun turut sama sesat seperti
mereka. Bermula daripada penyelewengan budaya, gaya fikir, pertuturan,
sehinggalah rosaknya aqidah dan robohnya agama. Firman Allah:
وَلَنْ تَرْضَىٰ عَنْكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ
حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu)...” [Surah al-Baqarah:120]
Mereka
menyangka mereka yang akan mampu menyesatkan kaum Muslimun padahal merekalah
sebenarnya yang semakin tersesat. Berkata para ulama, melalui penafian terhadap
penyesatan golongan ahlul kitab dan Munafiq daripada Allah dalam ayat ini
menandakan mustahil orang yang beriman akan berjaya disesat dan dikelirukan
melainkan mereka yang lemah imannya, yang Islam mereka hanyalah warisan ibu dan
bapa.
(70) Jelas sudah kebenaran dan keadilan Islam. Sudah sampai
kepada mereka pengetahuan yang sebenar tentang kehebatan Islam. Tidaklah lagi
wujud alasan walau apapun untuk menafikan kebaikan kebenaran Islam yang sudah
terbentang luas melainkan kerana masih tersimpan rasa hasad & dendam
kesumat yg bersulamkan kesombongan di dalam diri mereka. Firman Allah:
وَدَّ كَثِيرٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يَرُدُّونَكُمْ
مِنْ بَعْدِ إِيمَانِكُمْ كُفَّارًا حَسَدًا مِنْ عِنْدِ أَنْفُسِهِمْ مِنْ بَعْدِ
مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْحَقُّ
“Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w)....” [Surah al-Baqarah: 109]
(71-72)
Sekali lagi di dalam ayat ini Allah membongkar rahsia mereka yang berpura pura
dalam mengamalkan ajaran agama. Zahirnya mereka kelihatan sebagai orang yang
tekun dalam menjalankan perintah agama padahal apabila mereka jauh daripada
kaum Muslimun, mereka kembali menuruti hawa nafsu dan kejahilan mereka.
Golongan Munafiqun sengaja memperlihatkan kepada khalayak manusia bahawa
merekalah orang yang beramal dan menginginkan kebaikan kepada agama supaya
manusia menaruh kepercayaan terhadap mereka lantas membuka peluang dan jalan
kepada mereka untuk bercakap tentang kejelikan dan keburukan Islam tatkala
mereka sudah mempunyai pengaruh. Strategi memburukkan Islam dengan memakai baju
berjenama Islam, istilah Islam, gelaran dan pangkat kebesaran Islam jauh lebih
berbahaya, licik dan mudah memperdaya berbanding mereka yang menghina Islam
dengan memakai baju berjenama lain.
Zaman ini
muncul kelompok-kelompok yang berdiskusi tentang Islam atas nama liberal,
plural dan pelbagai lagi. Mereka berbincang tentang hal keimanan, akidah,
ketamadunan, alam ghaib, perubahan dan disiplin-disiplin fiqh, dalam diam
mereka berlaku khianat dan dusta kepada prinsip Islam dengan mengagungkan
kebolehan akal manusia semata. Segala-galanya ditafsir mengikut selera akal dan
semahunya sehingga hancur rosaknya agama.
(73) Di dalam
ayat ini, Allah menggambarkan kesombongan ahlul kitab dan Munafiqun yang
menghasut manusia supaya jangan menerima segala kata-kata orang yang selain
daripada kaum dan kumpulan mereka (Yahudi) dengan alasan kamu akan disesat dan
dipengaruh. Sikap mewujudkan dikotomi berdasarkan ras, warisan dan profesion
terhadap keilmuan dan kefaqihan dalam urusan agama sering dimainkan oleh orang
Munafiq supaya Islam dilihat sempit dan jumud persis sistem kasta yang
membodohkan manusia suatu ketika dahulu. Lantas ditempelak oleh Allah dengan
mengatakan “Sesungguhnya petunjuk yang sebenar ialah petunjuk Allah!”, bukan
petunjuk manusia. Limpah kurnia Allah diberikan kepada mereka yang
dikehendakiNya kerana Allah Maha Luas dan Maha Mengetahui meliputi dan menaungi
seluruh hambaNya dan ciptaanNya.
(74) Allah
menutup perbicaraan ini dengan sekali lagi ditegaskan bahawa rahmat dan
kurniaanNya dikhususkan buat mereka yang dikehendakiNya, mereka yang
menyempurnakan tuntutan dan jalan-jalannya. Selagi manusia berpegang dengan
tali Allah, bersama di dalam acuan dan manhaj Allah, mereka akan selamat
daripada tipu daya mereka yang memusuhi Islam. Baik musuh luaran mahupun musuh
di dalam jamaah.
Ketahuilah
wahai kaum Muslimun, sungguh mereka golongan Munafiqun dan musuh-musuh Allah
tidak pernah berasa puas dengan kehancuran akhlak mereka, tidak pernah berasa
cukup dengan kesesatan mereka dan mereka tidak akan pernah diam daripada
berusaha untuk mengheret kita ke lembah kehancuran bukan sahaja dalam urusan
keimanan bahkan dalam urusan kemasyarakatan. Fahzarhum! (maka waspadalah
terhadap mereka)
Catatan 11 May 2015