Sunday, 26 April 2015

Ikhlaskan hati dalam memuji Tuhanmu


Pernahkah kita memuji seseorang? tidak kisah samada sahabat, keluarga, atau sesiapa pun dengan ikhlas? Biasa kalau kita memuji seseorang (dengan ikhlas) pasti akan disertakan dengan perasaan gembira, teruja, pendek cerita pujian itu hadir dari hati yang sukar digambar. Pujian dengan wajah yang berbunga-bunga.

"Eh kau ni bijak la Man, untung kalau jadi macam kau. Dean list kot"

"Tahniah dik!!! kalau mak abah tahu pasti bangga ni. Hebat betul kau ni."

"Abang baru balik internship dari UK eh? wahhh...hebat!!! hebat la abang ni, saya nak intern macam abanglah nanti."

"Terima kasih la...susah ja belanja akak ni…awak dah la pandai, bergaji besar, baik pulak tu."


Pujian bertubi-tubi yang ikhlas dengan susunan ayat yang pasti menenangkan hati si pendengar, malah yang memuji juga pasti dalam keadaan yang teramat suka dan teruja sekali. Pujian ikhlas biasanya terjadi tanpa dirancang.

Pernahkah ia terjadi kepada kita?
Pasti kebanyakannya pernah!
.


.
Kenapa tidak pujian sebegini kita berikan kepada Allah SWT?
Bertasbih adalah salah satu cara untuk kita memuji kebesaran Illahi. Bertasbihlah dari hati yang ikhlas.

"Subhanallah - Maha suci Allah"
Subhanallah Wa Bihamdihi Subhanallahil Adzim - Maha Suci Allah dengan segala puji bagi-Nya, Maha Suci Allah yang Maha Agung.”

Banyak sekali orang bertasbih tanpa apa-apa perasaan di hati. Apa yang di targetkan hanya kuantiti bukan kualiti.

"Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah..."

Banyakkkkk.... Lajuuuuuu.... average speed 160 k/m
Tapi,
tidak ada apa-apa yang terkesan di hati, hanya lintasan di bibir.

Sebaiknya, cubalah fahami dan memuji dengan penuh ikhlas. Hadirkan perasaan seperti mana yang kita lafazkan. Letakkan pujian sempurna pada Pencipta pujian dan pemuji.

Allah SWT berfirman:


 “Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.”
(Surah al-Isra': ayat 44)

Semua makhluk ciptaan Allah bertasbih kepada-Nya, bukan sahaja manusia. Bagaimana pula kita manusia yang sebaik-baik ciptaan (rujuk surah at-Tin, ayat 4) tidak bertasbih. Tapi point kali ini bukan bertasbih atau tidak, tetapi bagaimana penghayatan kita ketika bertasbih?

Oleh itu, marilah sama-sama kita mempertingkatkan kembali apa yang kurang. Malulah kita kepada Allah SWT, jika kita boleh memuji hambanya yang lain dengan hebat, sedangkan dengan Allah kita hanya sambil lewa. Sepatutnya Dia lah yang lebih berhak menerima pujian yang jauh lebih tinggi mengatasi hamba-hambanya.

Pujilah dari hati dan ikhlaskan dalam memuji Tuhanmu.

Maha Suci Allah, Dialah yang Maha Mengetahui.

Picture source: www.sozlukanlaminedir.com

Monday, 6 April 2015

Bila diuji, aku ini bayi ke orang dewasa eh?


Alhamduillah, sudah lama aku tidak menulis di blog ini (ayat nampak sangat pemalas), terasa rindu pula dan ingin berkongsi sesuatu. Walaupun tidak la begitu gempak dan mungkin nampak cliché kata orang, tetapi cukuplah sekadar berkongsi sesuatu yang diharapkan bermanfaat.

Cuti 4 bulan yang aku dan sebahagian sahabat-sahabat lain lalui sekarang ini (April 2015) memang cukup panjang, masing-masing ada kisah dan cerita yang tersendiri. Tidak adil untuk aku membanding-bandingkan sesama kami. Ya, ada yang semasa cutinya padat dengan aktivti bersama keluarga dan mungkin ada juga yang sibuk melancong ke sana ke sini melihat tempat-tempat yang dihajati yang tidak terlawat sebelum ini. Ada juga yang sibuk dengan amanah dan tanggungjawab yang diberikan sehinggakan tidak dapat kemana-mana. Apa pun semuanya ada hikmah dan penjelasannya, mestinya segala yang ditentukan oleh Allah itu baik belaka, siapalah kita untuk membanding-bandingkan perkara yang kita tidak tahu.

Bertepatan dengan itu aku mula terfikir, setiap kita tidak akan dapat lari dari ujian Allah. Walaupun berbeza-beza jenis ujian diantara kita, tetapi ia tetap ujian. Ada orang susah untuk mandi di pagi hari (ada ke? Contoh…) tetapi ia tetap ujian baginya. Kadang-kadang apa yang dirsakan besar di mata kita, tetapi kecil mata orang lain. Kadang-kadang apa yang dirsakan kecil di mata kita, tetapi besar mata orang lain. Ujian itu berbeza antara setiap makhluk dan Allah mengujinya berdasarkan kemampuan kita.

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya...
(Al-Baqarah : 286)


Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu ujian)?
(Al-Ankabut : 2)

Tidak dapat tidak, kita tetap perlu menumpuh setiap ujian yang mendatang, jadilah seperti orang mukmin apabila diberi ujian dia mengingati Allah dan apabila diberi nikmat pun juga dia mengingati Allah.

“Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya seluruh perkara adalah baik baginya. Dan tidaklah didapati seorang pun hal tersebut melainkan pada diri seorang mukmin. Jika dia merasakan kesenangan maka dia bersyukur. Dan itu lebih baik baginya. Jika kesusahan menerpanya maka dia bersabar. Dan itu lebih baik baginya.”
(Hadith riwayat Muslim)

Terdapat satu analogi yang aku cuba bawakan berkenaan bagaimana attitude (sikap) kita apabila diuji Allah. Aku cuba gambarkan suasana di klinik kesihatan atau hospital. Disini ada 3 elemen iaitu pesakit, jarum dan doktor. Aku juga akan bawakan 3 peringkat umur yang berbeza. Cuba bayangkan.

sumber gambar: imgkid.com
  1. Bayi:
    Bayi ini sakit dan doktor perlu menyuntiknya dengan jarum yang mengandungi ubat. Setelah disuntik, lalu bayi ini menagis.
     
  2. Kanak-kanak (jangkakan 4 tahun):
    Kanak-kanak ini sakit dan doktor perlu menyuntiknya dengan jarum yang mengandungi ubat. Setelah disuntik, lalu kanak-kanak ini menagis dan memarahi doktor tersebut.
    “Waaa…..doktor jahat….dia cucuk adik!!!!”
     
  3. Lelaki dewasa:
    Lelaki dewasa ini sakit dan doktor perlu menyuntiknya dengan jarum yang mengandungi ubat. Setelah disuntik, lalu lelaki dewasa ini tersenyum dan mengucapkan terima kasih kepada doktor tersebut.
    “Terima kasih banyak doktor.”

Dari ketiga-tiga peringkat umur ini ia sebenarnya kita boleh kaitkan bagaimana kita menghadapi ujian. Cuba lihat satu persatu. Ingat ini cuma analogi.
  • Pesakit adalah kita.
  • Jarum adalah ujian.
  • Doktor sebagai pemberi ujian (dalam konteks realiti ialah Allah).

1.       Jika bayi, dia sebenarnya menagis kerana sakit akibat suntikan kerana dia mungkin terfikir yang memberi kesakitan itu adalah jarum. Ini bermakna dalam alam reliti, apabila perit menimpa ujian, kita telah menyalahkan ujian apabila berhadapan dengan ujian itu sendiri.
“Aduhhh…kenapa la malang nasib aku, time ini la kereta nak rosak…cari la masa sesuai sikit kereta ini pun.”

2.       Jika kanak-kanak, dia menagis kerana sakit akibat suntikan dan sedikit bijak dari bayi dia tahu doktor yang menyuntik itu menyebabkan kesakitan dan menyalahkannya. Jika dalam kehidupan reliti, apabila pedih ketika menimpa ujian, kita akan menyalahkan pemberi ujian, yakni Allah.
“Hmmm… ya Allah, kenapa aku yang dipilih-Mu untuk di uji? Aku ada meeting dengan Dato’… bla bla bla… Ini tak adil ya Allah, aku bukan hamba yang jahat pun.”

3.       Jika lelaki dewasa pula, dia tidak menagis dan tahu yang sakit suntikan itu itu hanya sekejap tetapi kebaikan yang menanti jauh lebih besar, lalu dia berterima kasih kepada doktor yang menyuntik. Jika dalam alam reliti, apabila sakit berhadapan ujian, kita perlu bersabar dan bersyukur yang Allah telah memberi ujian, anggaplah ujian itu sebagai teguran dari-Nya.
“Allahdulillah ya Allah, walaupun kereta ku rosak tetapi ia rosak dirumah, tidaklah memenatkanku. Jika ditengah jalan, tak tahulah apa nak dibuat. Syukur ya Allah”.

sumber gambar: listen-hard.com

Begitulah 3 jenis attitude biasa manusia yang aku ingin cuba bawakan, ini sekadar analogi bagi melihat atau muhasabah kembali siapakah kita dikala diuji Allah. Aku tinggalkan anda semua dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari:

“Sabar yang sebenarnya ialah sabar pada saat bermula (pertama kali) ditimpa musibah.”

Sekian, wassalam.


Monday, 16 February 2015

Cara-cara Menjimatkan Bateri Telefon Pintar Anda

 Seringkali kehabisan bateri telefon pintar anda ? Di sini saya ada beberapa tips umum bagaimana untuk memanjangkan hayat bateri telefon pintar anda. Tips ini sesuai untuk kesemua jenis telefon pintar sama ada anda pengguna iOS, Android, Windows mahupun Ubuntu.

1. Tutup Wifi

Tutup wifi anda jika anda berada luar dari kawasan wifi ataupun jika anda sedang memandu kerana telefon anda akan sentiasa mencari wifi dan akan 'memakan' bateri telefon pintar anda.





2. Tutup Penggunaan 4G/3G

Meng'able' 4G/3G akan menyebabkan bateri anda cepat drain kerana telefon anda perlu bekerja keras bagi mendapatkan data yang pantas. Tutup jika anda tidak berada di kawasan yang mempunyai internet yang laju.





3. Tutup Auto-Brightness 

Walaupun auto-brightness ini seakan-akan bagus, tetapi sebenarnya ia akan memberikan kecerahan lebih dari apa yang anda perlukan dan menyebabkan bateri anda cepat habis.




4. Tutup Location Service

Tutup location service merupakan satu tindakan yang betul bagi mengurangkan penggunaan bateri. Saya amat yakin bahawa anda tidak selalu menggunakan location service.




5. Letak Telefon Pintar Di Dalam Bilik

Tutup dan letak telefon anda di atas mana-mana meja dan keluarlah berjumpa dengan masyarakat. Luangkan masa bersama keluarga anda. Hiduplah di dalam alam yang nyata, bukan di dalam alam maya. Dengan cara ini, bateri telefon pintar anda pasti dapat bertahan dengan lebih lama. :)


p/s:
Tinggalkan phone di rumah sewaktu ke masjid juga merupakan salah satu cara efektif bagi mengelakkan bateri phone cepat habis.



Selamat beramal :)

Sunday, 8 February 2015

Teguran buat “engineering student”

Jika hendak dikira begitu ramai ‘engineer-engineer’ telah dilahrikan di duina ini, tidak kiralah dari kepakaran apa pun tetapi berapa ramai yang benar-benar menjadi ‘engineer’ untuk umat, bangsa dan agama? Jarang sekali (saya tidak maksudkan tiada langsung). Dengan gaji yang dijanjikan, cukup untuk kebanyakannya leka mengejar dunia dan malah ada pula yang merungut

“Apa yang aku belajar tiada kaitan pun masa kerja, letih la macam ni!”

“Aku time kerja, bukan ikut sangat major, kadang-kadang buat kerja luar dari major aku!”

bla… bla… bla…

Filem 3 Idiots, lakonan Aamir Khan yang menjadi tontonan pelajar engineering 

            Mendegar kata-kata sebegitu teringat saya kepada sebuah kisah agung, gempak, hebat, mengagumkan, dan daebak (Korean)!!!! Iaitu
(....pukulan gendang bergema...) 

Yahya Ayyash: Muhandis (engineer) sebenar.
           
Mungkin ada yang telah mengenali nama besar ini, atau ada yang tidak mengenali. Secara ringkas Yahya Ayyash mewaqafkan hidupnya, ilmunya demi untuk Palestine dan Islam sehingga meraih syahid Allah. Beliau yang menamatkan pengajian di Beit Zeit Univertsity dan menerima ijazah Electrical Engineering ketika berusia 22 tahun (EE susah bang…). Malangnya beliau tidak dapat menyambung master di luar negara kerana dihalang oleh rejim Zionis. Kemudian beliau terus melibatkan diri secara aktif dalam Briged Izzudin Al-Qassam dan beliaulah yang bertanggungjawab dalam menghasilakan bahan letupan dari bahan2 mentah yang boleh didapati di Palestine.

Hebat bukan?

            Begitulah secara ringkasnya dan jika hendak diceritakan keseluruhan kisah ini pasti mengambil masa yang panjang, tetapi saya percaya semua maklumat itu boleh didapati  banyak di laman web lain (google ja - Yahya Ayyash). Bukan tujuan penulisan saya ini hendak menceritakan kisah hidup Yahya Ayyash, tetapi hendak mengajak dan memberi sedikit teguran buat kita atau sesiapa yang bergelar “engineering student” atau lebih penting lagi buat “MUSLIM STUDENT” untuk mengambil iktibar dan semangat yang ditunjukkan oleh Yahya Ayyash. Adakah dengan akal yang dikurniakan oleh Allah SWT ini membuatkan kita lebih jauh dari-Nya? Sedarlah, segala yang ditentukan itu ada tujuan dan tanggungjawab yang harus diselesasikan.



Diwajibkan kamu berperang, sedangkan ia yang kamu benci. Boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu amat baik untuk kamu dan boleh jadi sesuatu yang kamu sukai pula amat buruk untuk kamu. Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.  (Al-Baqarah : 216)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, “Tidak akan berganjak dua tapak kaki manusia pada hari kiamat sehingga dia disoal tentang empat perkara. Mengenai umurnya, ke manakah dihabiskan umurnya? Mengenai ilmunya, apakah yang sudah dilakukan dengan ilmunya? Mengenai hartanya, dari sumber manakah dia perolehi dan ke jalan manakah dia belanjakan? Dan tentang tubuh badannya, apakah yang telah dia lakukan?” (Hadis Riwayat Tirmizi).

Oleh itu ayuh bangkit, bersemangatlah untuk meneruskan tugas sebagai seorang pelajar dan berbakti kembali kepada agama kita!

(tiba-tiba teringat lagu tema kampus:
..........hasil dituai benih disemai,
laba dinikmati beramai-ramai......)


p/s:
1. Disarankan untuk membuat pembacaan lanjut berkaitan kisah Yahya Ayyash.
2. Sedekahkan al-fatihah dan mendoakan yang terbaik buat Yahya Ayyash dan mereka yang berjuang demi menegakkan agama Allah.