Saturday 3 January 2015

Bagaimana kita mendapatkan "kopi" itu

Kisah ini adalah sebuah catatan peristiwa seorang ustaz bersama anak muridnya.

Kisah ini bermula apabila beliau didatangi oleh sekumpulan pemuda yang juga merupakan pelajarnya yang telah melanjutkan ke sebuah universiti tempatan.

       Para pelajar ini mengadu tentang masalah mereka di universiti, bagaimana susahnya menjalankan 'event' dan sebagainya. Beliau hanya tersenyum melihat mereka. Setelah habis semuanya mengadu, beliau masuk membuat air untuk dihidang. 
Beliau membancuhnya sendiri dalam sebuah teko. dan beliau menyuruh mereka untuk menghidangkannya sendiri.

       Apa yang menarik cawan yang dibawanya itu berbeza jenis, ada porselin, plastik, kaca, kristal, yg biasa, yg mahal, yg unik reka bentuknya. Beliau juga sengaja membawa lebih sebanyak 11 cawan sedangkan pelajar yang datang cuma 9 orang. Setelah dihidangkan mereka semua mengambil cawan masing-masing. Kemudian ada secawan terlebih.
gambar hiasan...

       
“Jika kamu semua perasaan, semua cawan yang elok dan mahal semua diambil, yang tinggal hanyalah cawan yang biasa. Adalah normal bagi kamu semua nak yang terbaik untuk diri sendiri, tapi itulah juga punca kepada segala tekanan dan masalah kamu semua.
Kita tahu cawan tidak akan "mengenakkan" lagi rasa kopi. Dalam kebanyakan keadaan, ia cuma lebih mahal, malah ada dalam situasi tertentu ia "memendamkan" apa yang kita minum.

       Apa yang diperlukan kamu semua ialah kopi, dan bukan cawan, tapi secara sedar, kamu semua berebut untuk cawan yang terbaik, dan selepas itu, kamu semua saling melihat cawan yang ada pada orang lain.
Sekarang, bayangkan kehidupan ialah kopi, kerja, duit dan pangkat di dunia ini sebagai cawan. Ia cumalah alat untuk memegang dan mengisi kehidupan. Tapi jenis cawan tidak akan mengubah, mahupun memberikan makna kepada kualiti kopi yang ada. Kadangkala kerana cawan, kita lupa untuk menikmati kopi yang dibuat Allah ini. Ustaz tukang bancuh saja,” kata ustaz.

Mereka semua terpegun dan tersentak. Dengan seteko kopi, ustaz menjawab segala persoalan di minda mereka.


p/s: ayuh sama-sama kita juga berfikir.